Saturday, March 3, 2012

Kisah Abdul Rahman Bin Auf (Billionaire Islam Terkemuka)

 Kisah Abdul Rahman Bin Auf (Billionaire Islam Terkemuka)



Abdul Rahman bin 'Auf merupakan billionaire Islam yang terkemuka. Beliau menjadi kaya bukan kerana pewarisan harta tetapi di atas kebijaksanaan beliau menjalankan perniagaan. Walaupun ditawarkan harta yang banyak dan isteri ketika berhijrah ke Madinah, beliau menolak dengan berkata, "Mudah-mudahan Allah memberkati isteri dan kekayaanmu untuk dirimu. 

Tunjukanlah aku pasar." Bermula saat itu beliau menjadi seorang Islam yang kaya dan enggan menerima apa-apa kecuali menjadi orang yang tangannya sentiasa memberi. Menurut beberapa riwayat, di antara jasa pemberian Abdul Rahman Bin 'Auf yang besar kepada umat Islam ialah bersedekah sebanyak 500 kenderaan bagi digunakan dalam perang fisabilillah. 

Beliau juga pernah menyedekahkan 700 ekor unta sarat dengan muatan pada jalan Allah. Dan terlalu banyak lagi jasa beliau yang lain. Sehinggakan Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman bin 'Auf supaya di balas dengan syurga kerana hartanya. Kemudian datang Jibril a.s membawa berita dari langit, "Sampaikanlah salam kepada Abdul Rahman bin 'Auf dan gembirakanlah dia dengan syurga." 

Allahuakhbar, tidak perlu mengaggungkan billionaire barat apabila kita mempunyai billionaire Islam yang sangat hebat yang merupakan seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Semoga kita dapat menjejaki sedikit sebanyak langkah Abdul Rahman bin 'Auf. Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment