Friday, February 10, 2012

Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma

Kisah Rasulullah SAW Dengan Batang Kurma
 
 
 
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat berdiri berkhutbah di sebatang pokok atau batang kurma. Maka berkata seorang perempuan Ansar, atau seorang lelaki ; Wahai Rasulullah ,biarkan kami mendirikan suatu mimbar untukmu , Sabda Rasulullah s.a.w. : Sekiranya kamu mahu, dirikanlah.Maka merekapun mendirikan sebuah mimbar untuknya .
 
Pada hari Jumaat, Rasulullah s.a.w. pergi ke mimbar tersebut. Lantas berteriaklah batang kurma tempat bersandar Rasulullah s.a.w. ketika berkhutbah seperti tangisan kanak kanak kecil . Lalu Rasulullah s.a.w. turun dari mimbar dan memeluk batang kurma itu. Maka hilanglah tangisan yang seperti tangisan kanak-kanak tadi yang telah diredakan oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda s.a.w. bersabda "Ia menangis disebabkan zikir yang sering didengari di sisinya (Sebab Nabi s.a.w. tidak lagi berkhutbah di sisinya)" (H.R Bukhari dan lain-lain.)

Berkata Imam Abu al Qasim al-Baghawi rah.
 
"Apabila Imam Hasan al-Basri rah. menceritakan kisah batang kurma itu, beliau menangis seraya berkata :

Wahai hamba-hamba Allah, batang kayu merintih kerana rindu terhadap Rasulullah s.a.w setelah berpisah dengannya, maka kalian adalah lebih berhak merindui pertemuan dengan baginda s.a.w. "
 

No comments:

Post a Comment